17 FEBRUARI 2011

>> Wednesday, February 16, 2011

" Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani "


IMPIAN KU PADA TAHUN 2011

Hari ini 6 Mei 2011,
 alhamdulillah saya sudah mempunyai wang terkumpul berjumlah RM50,000 di dalam akaun simpanan Public Bank.
Hari ini 6 Mei 2011, 
alhamdulillah saya telah menghadiahkan sebuah motor superbike Kawasaki Z750 kepada diri saya sempena hari lahir saya yang ke-30 tahun.

Hari ini 15 September 2011
alhamdulillah saya, emak dan kakak saya telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Hari ini 20.11.2011,
 alhamdulillah saya selamat dijabkabulkan dengan gadis pilihan dan majlis perkahwinan kami berlangsung dengan meriah dan penuh keberkatan.

Hari ini 25.11.2011
alhamdulillah saya dan isteri telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo untuk berbulan madu selama 1 minggu.

Hari ini 31 Disember 2011, 
alhamdulillah saya telah mendapat pendapatan sebanyak RM100,000 setahun daripada perniagaan Unit Trust saya.

Hari ini 6 Mei 2015
alhamdulillah saya telah mempunyai wang tunai terkumpul berjumlah 
RM1,000,000.
Amin Amin Ya Allah hanya kepada Mu aku memohon dan berserah.

Read more...

10 AMALAN DIMEWAHKAN REZEKI -

>> Wednesday, February 9, 2011

11. Menjalin silaturrahim 
 Nabi s.a.w. bersabda:
 "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)


 12. Melazimi kekal berwuduk 
 Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

 13. Bersedekah 
 Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

 15. Melazimi solat Dhuha 
 Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

 "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


 16. Bersyukur kepada Allah 
 Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7)

 Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu 

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

 "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa 
 Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


 19. Berikhtiar sehabisnya 
 Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

 20. Bertawakkal 

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

 "Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)


Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Read more...

10 AMALAN DIMEWAHKAN REZEKI

>> Tuesday, February 8, 2011

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah 
 Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

 2. Memperbanyak istighfar 
 Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

 3. Tinggalkan perbuatan dosa 
 Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

 "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

 4. Sentiasa ingat Allah 
 Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa 
 Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

 "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


 6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah 
 Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

 "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain 
 Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

 "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat 

 Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

 9. Buat kebajikan banyak-banyak 
 Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "


10. Berpagi-pagi 
 Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Read more...

PUASA MUTIH


Semalam 7 february 2011, aku belajar untuk puasa mutih (puasa yang masa sahur dan buka hanya makan nasi putih kosong dan air suam sahaja). Cubaan pertama aku belum lagi berjaya. Waktu sahur memang aku makan nasi putih tapi aku letak kicap dan minum air putih aje. Alhamdulillah aku dapat genapkan seharian berpuasa tapi sedihnya lepas buka aku pi kedai makan kueh teow goreng dan air milo panas. Sepatutnya selama 3 hari aku hanya boleh makan nasih putih dan air kosong aje.

Sepatutnya aku aku bangun sahur pagi tadi tapi terlewat bangun terus aku tak dapat berpuasa hari ni. Kuat betul dugaan tuk tak berpuasa hari ini. Walaubagaimana pun aku tetap akan meneruskan nya pada minggu hadapan. Semoga diberikan kekuatan bagi ku untuk melakukannya.

Aku melakukan puasa mutih ni mendidik nafsu ku dan aku mengawalnya. Disamping untuk belajar erti kesyukuran dengan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Read more...

MAAFKAN....

Pantas masa berlalu, tanpa aku sedar dah masuk minggu kedua bulan Februari dan bulan kedua tahun 2011.

Masuk sebulan aku meninggalkan kenangan lalu dan memulakan hidup baru di tempat baru dengan suasana yang baru. Perlahan-lahan aku belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni. Walau berat aku rasakan tapi aku perlu laluinya jua. Kerana ini jalan dan keputusan yang aku pilih. Aku hanya lah hamba yang lemah tidak berdaya tapi aku yakin Allah maha mengetahui apa yg terbaik tuk setiap hamba-hamba Nya.

Aku memohon pada Allah YME semoga segala dosa-dosa silam ku dapat diampunkan. Aku bersedia menerima apa jua balasan bagi menebus segala kesalahan yang aku lakukan selama ini. 

Semoga dia dan keluarganya dapat memaafkan segalan kesalahan yang telah aku lakukan. Aku sentiasa mendoakan dia akan mendapat kebahagian dan kegembiraan di dunia dan akhirat. Maafkan aku kerana membuat keputusan ini. Aku yakin dia akan bertemu dengan insan yang lebih baik dan dapat menjaga dia dengan lebih baik. Maafkan aku sekali lagi......

Percayalah setiap apa yang terjadi ini pasti ada hikmah yang besar disebaliknya. Kerana kehadiran kita di bumi Allah ini hanya lah satu untuk menyediakan diri kita zahir dan batin untuk pulang menghadap yang Maha Esa. Cinta yang paling Agung adalah rasa Kecintaan kita pada Allah YME dan Nabi Muhammad s.a.w.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP