JOM KUMPUL EMAS
>> Tuesday, January 25, 2011
Mendung hari ini, tapi siapa kah dapat menjangka kan hujan akan turun atau tidak. Sama dengan kehidupan kita pada hari ini. Mungkin hari ini kita mempunyai wang yang banyak tetapi siapa tahu masa akan datang semuanya habis dibelanjakan dengan membeli perkara-perkara yang membazirkan. Mungkin atas pengalaman aku sendiri dahulu. Masa ada wang lalai untuk menyimpan habis semua dibelanjakan tak cukup wang habis kad kredit digunakan dan akhirnya menjerat diri.
Bagi aku perkara yang lepas ku jadikan pengalaman dan sempadan bagi aku membina hari-hari mendatang. Alhamdulillah aku masih belum terlambat untuk membinanya semula dan aku sangat percaya aku mampu membinanya.
Sekarang aku membina kekayaan dengan mengumpul EMAS. Pada aku semua orang mampu memiliki emas, dengan mudah. Bila ditanyakan pasal emas semua orang tahu bertapa bernilainya emas. Bayangkan hari ini kita mempunyai 100gram emas dan lagi 5 tahun ada 5 kilo emas berapa nilai nya ???
Tiada istillah kerugiaan dalam memiliki EMAS. Bila cerita pasal emas semuanya adalah keuntungan. Jom kita beramai-ramai mengumpul EMAS dan pasti nya kita akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t .
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


















0 comments:
Post a Comment