JOM KUMPUL EMAS

>> Tuesday, January 25, 2011


Mendung hari ini, tapi siapa kah dapat menjangka kan hujan akan turun atau tidak. Sama dengan kehidupan kita pada hari ini. Mungkin hari ini kita mempunyai wang yang banyak tetapi siapa tahu masa akan datang semuanya habis dibelanjakan dengan membeli perkara-perkara yang membazirkan. Mungkin atas pengalaman aku sendiri dahulu. Masa ada wang lalai untuk menyimpan habis semua dibelanjakan tak cukup wang habis kad kredit digunakan dan akhirnya menjerat diri.

Bagi aku perkara yang lepas ku jadikan pengalaman dan sempadan bagi aku membina hari-hari mendatang. Alhamdulillah aku masih belum terlambat untuk membinanya semula dan aku sangat percaya aku mampu membinanya. 

Sekarang aku membina kekayaan dengan mengumpul EMAS. Pada aku semua orang mampu memiliki emas, dengan mudah. Bila ditanyakan pasal emas semua orang tahu bertapa bernilainya emas. Bayangkan hari ini kita mempunyai 100gram emas dan lagi 5 tahun ada 5 kilo emas berapa nilai nya ???

Tiada istillah kerugiaan dalam memiliki EMAS. Bila cerita pasal emas semuanya adalah keuntungan. Jom kita beramai-ramai mengumpul EMAS dan pasti nya kita akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t . 

 Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Read more...

PERJALANAN HIDUP

>> Sunday, January 23, 2011

Semalam seharian aku menghabiskan hari ahad dengan attend Kursus Quantum Inner Self Power (Tenaga Dalam Ilahi) di Percint 16,Putrajaya.

Walaupun sesi bermula jam 11 pagi dan berakhir sehingga jam 5.30 petang tetapi banyak ilmu yang disampaikan memang padat. Ilmu teori dan praktikal disamping diselit dengan motivasi spiritual. Memang amat jarang dilakukan dimana-mana kursus aku aku attend selama ini. Kekadang kebanyakkan menekan kepada keduniaan dan kebendaan semata-mata.

Salah satu modul perbincangan yang disampaikan berkaintan dengan Misi dan Visi hidup kita didunia ini. Dari mana dan ke mana kita akan pergi. 

Selama aku hidup ni banyak focus kepada kehidupan duniawi yang hanya dapat bertahan selama 60 atau lebih sedikit. Sedangkan hidup yang kekal abadi bukanalah disini tetapi disana. Pilih berada di atas kita dimana kita ingin berada. Sungguh menginsafkan. Itu lah unik nya kursus yang aku hadiri pada hari Ahad lepas.

Read more...

GOAL SETTING 2011

>> Friday, January 21, 2011

First time dalam hidup aku datang Goal Setting. Yelah selama nie asyik kerja-kerja aje. Alhamdulillah aku diberikan kelapangan dan peluang untuk menghadirinya.

Seikhlas hati memang bagus workshop pada 8 January 2011 yang dianjurkan oleh agensi Just,Caliph Advisor dan HC Consultant bertempat di Public Mutual Cheras. Seroonok sungguh aku hari tu.

Aku tahu dan jelas apa yang perlu aku lakukan untuk mencapai impian aku.Kekadang kita cuma imagine dalam kepala apa yang kita inginkan tetapi kita tak keluarkan. Jadi impian tersebut sekadar impian semata-mata.

Selain daripada itu, aku tahu pasal kepentingan berzakat. Rupa-rupanya selama aku bekerja 5 tahun ini aku tak pernah bayar zakat pendapatan. Akhirnya aku sedar rupa-rupanya setiap pendapatan yang kita dapat itu bukan semuanya hak kita. Aku bertekad untuk bayar zakat tahun ni dan qada tahun-tahun yang sebelumnya.

Aku hope semua yang aku impikan dapat aku jadikan sebagai realiti.

 Candid ni aku pun tak tahu bile dia amik tapi ala gaya-gaya YB lah sikit
Mangsa-mangsa kene dera menari Poco-poco... tapi keras macam kayu...khehehehehe

Kusyuk sungguh... aku pun tak tahu apa yg di dengar nye... :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP