KITA DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG JUARA
>> Thursday, November 25, 2010
Alhamdulillahx21, bersyukur aku kepada-Nya kerana diberikan peluang untuk meneruskan perjuagan didunia ini untuk mencapai kebahagian di akhirat kelak.
Sesungguhnya kita dilahirkan didunia ini sebagai seorang Khalifah dan seorang Juara. Tetapi sehingga hari ini aku masih lagi belum membuktikan aku seorang Juara.
Walaubagaimanapun aku didalam Proses untuk menjadi yang benar-benar juara dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada diri ku ini. Bagi mencapai kekayaan & kejayaan dunia dan akhirat.
Aku mulakan hari ini dengan solat subuh (syukur alhamdulillah aku dapat bangkit) sesudah itu sambung tido sekejap.
Hari ini aku tak pergi office Cyber jaya just siapkan kerja dekat rumah aje. Hayat dihati memang nak pergi lepas Zuhur tapi apakan daya hujan ditengahri. Aku pun terus menyiapkan tugasan aku di rumah sahaja. Lepas selesai aku rileks sambil layan Astro untuk menanti waktu malam.
Selepas Maghrib aku terus bergegas ke opis Public Mutual Jalan Sultan Sulaiman kerana malam ni ada Sales Workshop, aku suka attend workshop macam ni untuk menimba pengalaman daripada experience people. Dengan itu dapat mengalirkan energy kejayaan dan positif dalam diri aku.
Ramai gak yang datang tapi mostly Chienese buat Malay and India pun ada 1 Malaysia lah katakan. Speaker malam ni memang hebat sebelum start aku dapat shake hand dengan Mr.Khrisna nampak biasa-biasa aje tapi bila dia dah start bercakap memang hebat. Menariknya cara dia menyampaikan isi kandungan workshop dengan caranya tersendiri. Buat kita ketawa tersenyum dan full energatic. Banyak perkara yang dikongsikan semua yang hadir merasakan kelainan dan membawa pulang sesuatu untuk meneruskan perjuangan dalam mencapai setiap impian.
Tugas sebagai Financial Consultant ini memang mencabar dan menarik dari segi tanggungjawab untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat bertapa pentingnya kita melakukan simpanan daripada awal lagi. Dengan kos kehidupan,pendidikan dan kesihatan saban tahun meningkat, jika tiada perancangan yang betul kita akan melahirkan satu masyarakat yang tidak berdaya maju dan mundur.
Sebagai contoh anak kecil yang dilahirkan kita jaga dengan baik sehingga bersekolah. Kita minta dia belajar rajin-rajin sehingga masuk Universiti. Bila mendapatkan keputusan yang baik si anak minta sambung belajar tetapi ibu bapa tiada tabungan just mengharapkan pinjaman dan biasiswa. Menagih dato sana datuk sini untuk dapatkan sokongan. Kejamnya sebagai ibu bapa jika itu berlaku. Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku lakukan perubahan dengan bermula menabung untuk pendidikan bermula daripada anak tersebut masa kecil. Bila ada dana yang cukup kita mampu memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak yang tersayang. Mari kita sama-sama fikirkan dan mulalah mengambil tindakan.
Aku bercakap mengingatkan diri aku sendiri supaya aku bersedia daripada sekarang supaya masa hadapan semuanya sudah tersedia. Aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan impian aku tercapai.
My Declaration Everyday:
I am in the process to close Sales RM100,000 everyday EPF or CASH
You are in the process to close Sales RM100,000 everday EPF or CASH
I am in the process to close Sales RM1,000,000 every month EPF or CASH
You are in the process to close Sales RM1,000,000 every month EPF or CASH
I am in the process to become UTC-AS by January 2011
You are in the process to become UTC-AS by January 2011
'Ya Allah Ya Tuhan ku Kau Mewahkan rezekiku setiap masa dan setiap ketika untuk ku mencapai kekayaan & kejayaan dunia dan akhirat.'
Amin Ya Rahman,Ya Razak




















0 comments:
Post a Comment