GREAT SUPER SATURDAY
>> Saturday, November 20, 2010
Masa aku menaip isi kandungan post ni jam laptop aku menunjukkan jam 1.34 am dah hari Ahad dah sangat pantas masa berlalu. Banyak perkara telah aku lalu hari ini sehingga jam ini mata masih belum nak tidor dan otak aku ligat berpusing memikirkan sesuatu.
Entah kenapa hari ni keazaman untuk re-design blog aku ni menjadi-jadi pulak. Ini mungkin rentetan tadi aku berkongsi ilmu yang sedikit aku ada ni mengajar asas membangunkan blog kat dua orang kawan dekat kedai mamak tadi.
Perjalanan hari ini, alhamdulillah aku berjaya bangun solat subuh dan lepas tu aku buat senaman penafasan. Selepas selesai aku buat senaman tu ingatkan nak tido semula tapi rugi lah pulak aku rasakan. Jadi aku sambar Majalah The Bulletin yang baru dapat semalam tuk aku baca isi kandungannya. Memang menarik coretan yang ada dalam majalah ni, antaranya perkongsiaan kejayaan seseorang yang dahulunya susah dan alhamdulillah sekarang sudah mengecapi kesenangan.
Perkara yang perlu dilakukan adalah berusaha dan terus berusaha kejayaan pasti ada. Sebelum aku pergi mandi aku terbaca sedikit kisah pasal founder Kentucky Fried Chicken (KFC). Baru aku tahu rupanya dia dulu adalah seorang yang Muflis pada usia 66 tahun. Memang tiada apa harta melainkan dia ada Resepi Istimewa Ayam Goreng yang sedap. Apa yang dilakukan adalah pergi satu restoran ke satu restoran untuk menjual resepi tersebut tapi malang dia dihalau keluar dan dimarahi. Walaubagaimanapun dia tidak putus ada dan terus mencuba hingga akhir restoran yang ke 1199 sanggup mencubanya dan akhirnya restoran tersebut berkerjasama dengannya seterusnya membuka francais hingga sekarang disetiap pelusuk dunia pasti ada KFC. Pengajaran yang cukup padat dan ringkas untuk berjaya perlu ada sikap BERANI, CEKAL dan BERUSAHA hingga berjaya.
Hari ini aku attend saturday training, banyak ilmu yang aku dapat untuk aku memantapkan lagi pengetahuan yang sudah sedia ada.
Lepas tu pergi kenduri rumah member dan selesai pi mengajar kawan untuk buat blog. Last sekali member belanja pekene SUP KAMBING.. memang betol2 power.


















0 comments:
Post a Comment