CERITA KU PADA 24 November 2010
>> Wednesday, November 24, 2010
Alhamdulillah 21x , kehadrat Illahi kerana memberikan peluang bagiku untuk meneruskan kehidupan di dunia ini bagi mencari keredhaan daripada-Nya.
Pagi diskuss dan pertukaran ilmu dengan partner dekat kedai mamak bawah Wisma Sentral. Banyak ilmu yang aku perolehi. Antaranya yang perlu aku amalkan dari sekarang menulis IMPIAN yang aku inginkan setiap hari didalam buku. Walaubagaimanapun aku ambil keputusan untuk menulisnya di dalam blog aku ini. Semoga pengunjung yang membaca akan turut mendoakan untuk aku.
Aku respect dengan partner aku ni namanya Shaiful, baru kenal 3 minggu tapi aku rasa ada camistry dengan dia jadi kitaorang pakat untuk jadi partner bertukar-tukar idea,cerita,pengalaman dan apa2 saja dalam mengejar cita-cita dan impaian masing-masing. Keran tujuan nya adalah saya untuk mencapai Financial Freedom.
Dah abis diskuss aku terus ke opis Cyberjaya untuk menyiapkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan.Maklumlah masih bekerja lagi. Walaubagaimanapun aku bertekad untuk berdiri dengan kaki sendiri untuk mencapai apa yang aku IMPIKAN bermula January 2011. Aku bertekad untuk bermula menjadi BOS sendiri.Umur pun sudah masuk 3 series tahun depan jadi perlukan PERUBAHAN MENTAL,FIZIKAL & MEMANTAPKAN SPIRITUAL. Ya Allah Ya Razak Kau bantulah aku dalam keputusan yang aku ambil ini.
Dalam jam 2.30 petang, Saiful kol aku dia cakap ada good news... Dia dapat Close Sales Cash RM50,000 dengan foreingner.pehhh dia sound kat aku untuk cepat buat untuk dapat macam dia gak.. Tercabar aku tercabar. Buat sahabat jutawanku Saiful TAHNIAH.. teruskan USAHA. Aku pasti menyusul.
Aku terkejut gak, member yang dah lama tak kol aku tetiba kol aku semalam .. Aku ingatkan dia tertekan ke apa tapi memang betol dia kol aku. Pelik dan ajaib tapi itulah yang dikatakan Kuasa Tuhan Yang Mencipta. Bila Allah kata jadi maka jadilah. Nak jadikan cerita pasal dah lama tak jumpa lepas keje pi jumpa dia kat Old Town White Coffe kat Ampang. Banyak yang aku kongsikan antaranya yang seronok aku kongsikan pasal Rahsia Bersara Kaya dengan dia. Memang best dan seronok bile cerita pasal duit nie. Orang demam pun boleh sihat orang ngantuk pun boleh segar. Maklumlah duit.
Setel jumpa aku pun merempit balik rumah dikala ujan renyai-renyai.....
Impian ku untuk
Mendapat Jualan RM 100,000 setiap hari CASH atau EPF dan
Mendapat Jualan RM 1,000,000 Pada Setiap Bulan.
Aku pasti impian ku ini pasti tercapai dengan Usaha & Kuasa Illahi.
Pada bulan December 2010 aku mendapat jualan Corporate Sales berjumlah RM1,000,000.
Pada bulan January 2011 aku fulltime sebagai UTC- AS
Ya Allah Kau Mewahkanlah Rezekiku setiap hari dan setiap masa Dunia & Akhirat.


















0 comments:
Post a Comment