NEVER GIVE UP
>> Friday, November 26, 2010
Alhamdulillah 21x, terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umur ku lagi untuk terus mencari apa yang perlu aku cari bagi mencapai kekayaan & kejayaan didunia dan akhirat.
Hari ini tidak seperti hari semalam, hari ini berlainan dengan hari semalam tetapi masih mempunyai persamaannya. Aku masak breakfast hari ni, buat nasi goreng aje, nasi semalam masih banyak rugi kalau dibuang. Alhamdulillah rezeki dipagi hari. Dah selelasi aku mandi , breakfast then buat latihan penafasan. Bila semuanya selesai barulah aku berangkat pergi ofis dekat Cyberjaya dengan merempit hehehehe.
Hari ni keje kat opis tak banyak aku just update dokumen dan buat correction document. Lepas lunch aku dah terus keluar dari opis untuk Berniaga. Yelah duk kat opis takde keje buang masa aje sedangkan banyak yang boleh dilakukan. Alhamdulillah tak hujan buleh aku sampai dekat Wisma Sentral dengan selamat.
Sampai opis dekat wisma sentral terus masuk opis jap letak beg dan sembang dengan partner tanya perkembangan. Dalam masa yang sama aku tunggu sorang lagi partner untuk discussion kat Mamak Stall.
Aku duduk kat mamak stall sambil tunggu dia sampai. Dari jauh aku dah nampak muka kelesuan diwajahnye hehehehe tak berapa sihat rupanya tetapi azamnya kuat penuh kesungguhan walaupun tak berapa sihat masih bekerja. Itu lah semangat yang perlu ada kalo bisness sendiri, kalo keje makan gaji boleh lagi amik MC gaji still jalan tapi keje sendiri tak kerja tadak income.
Discussion berkisar tentang perkongsian pengalaman yang dilalui sepanjang minggu. Menarik untuk referesh minda. Ada beberapa perkara yang aku kongsikan macam ilmu TENDAI dan kelebihanya. Partner look interested. Baru aku tahu dia memang ada belajar ilmu bela diri. Atleast dapat protect diri dan keluarga. Then partner aku tu sharing pasal buku IMPIAN yang dia tulis. Aku akan follow perkara yang sama untuk menulis impian dan goals aku setiap masa. Pasal kita tulis setiap hari dengan penuh kesungguhan secara perlahan-lahan minda bawah sedar akan mengambilnya dan menunjukkan jalan bagaimana untuk mencapai impian tersebut.Tak perlu percaya tapi buat aje. Nothing to loose. Selain daripada tu dia kongsi pasal market outlook untuk next year.
Lama gak duk kat kedai mamak tu,lepas seatle kat situ kitorang pi round dekat KLCC. Lepak mengadap air pancut sambil sharing teknik-teknik closing yang aku belajar masa sales workshop semalam. Atleast boleh digunakan masa nak buat closing sales. That really great.
Before balik aku terserempak dengan Penguatkuasa JPJ dan Imigresen buat pemeriksaan dekat area teksi stand saje nak tengok apa yang berlaku. Hehhehe tup tup terjumpa dekat officer imigresen yang aku kenal. Sembang-sembang jap then terus gerak balik.
Yes memang hari ini aku tak buat sales walaubagaimanapun aku sharing sedikit ilmu yang aku ada pada orang lain. Aku percaya rezeki yang datang kepada ku dengan mudah. Bila kita berniaga perlu percaya pada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan rezeki kepada kita. Perlu usaha , tawakal pasti menjadi kaya dan berjaya dunia akhirat.
Sekian tuk hari jumaat 26 November 2010
My Declaration Everyday:
I am in the process to close RM100,000 sales Cash or EPF everyday
You are in the process to close RM100,000 sales Casg or EPF everyday
I am in the process to close RM1,000,000 sales Cash or EPF every month
You are in the process to close RM1,000,000 sales Cash or EPF every month
I am in the process to become UTC-AS by January 2011
You are in the process to become UTC-AS by January 2011
I am in the process to become Millionaire before or by my age 35 years old
You are in the process to become Millionaire before or by my age 35 years old
Ya Allah,Ya Rahman, Ya Razak
Mewahkanlah kepada ku rezeki pada setiap masa dan ketika bagi mencapai
kekayaan & kejayaan dunia akhirat.
Read more...




























